~salam~

Thursday, August 18, 2011

Pada satu hari, Imam malik bin anas menangis ketika hendak berbuka.

Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang

banyak kerana terkenangkan RASULULLAH S.A.W, Baginda berbuka dengan makanan

yang sedikit tetapi amalan banyak, sedangkan aku berbuka dengan makanan yang

banyak, tetapi amalanku sedikit.



Wednesday, August 17, 2011

Allah selamatkan kamu



Allah selamatkan kamu ~

Allah selamatkan kamu ~

Allah selamatkan Fatmawati ~

Allah selamatkan kamu ~


Selamat hari lahir dear, moga sentiasa mendapat keberkatan dr Allah s.w.t, dimurahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat, menjadi anak yang baik dan ceria selalu. :)

&

Selamat Hari Lahir juga untuk Imma Syakira, :)




Yeayy, dh boley bbm same
hehe :D

Wednesday, August 3, 2011

Persiapan Ramadhan: Korek Hidung/Telinga Tidak Batal Puasa?

Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa


Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu didalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.

Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]

Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]

antara hadith lain
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]



PERKARA YANG JELAS MEMBATALKAN PUASA


Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).[al-Baqarah 2:187]

Dan kalau dilihat jelas bahawa mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa. Adapun persetubuhan sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum tetapi larangannya disebut secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]

Hadis di atas juga menjadi dalil mengapa merokok, penyalahgunaan dadah dan segala yang sewaktu dengannya yang secara psikologi memberikan kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu, membatalkan puasa. Sekalipun ianya tidak mengenyangkan, menghilangkan dahaga atau perbuatan bersetubuh.


Kesimpulan Pandangan 1


Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:

Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: http://www.islamonline.net ]

Di atas hujah-hujah yang sama ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke perut) tidak membatalkan puasa.


Persoalan 2: Berendam Dalam Kolam Sewaktu Berpuasa


Saya percaya apa yang dimaksudkan frasa di atas adalah membasahkan diri atau mandi terutamanya berulang kali kerana tidak tahan panas atau mengelakkan kelesuan ketika berpuasa. Perbuatan membasahkan diri kerana tidak tahan panas atau kerana kelesuan adalah dibolehkan berdasarkan sebuah hadis, Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).]

Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:

Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun. [Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, jld. 6, ms. 395.]

Dalam membahaskan bab mandi bagi orang yang berpuasa di dalam Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan bahawa Ibn al-Manayyar berkata:

Imam Bukhari bermaksud membantah mereka yang memakruhkan orang yang berpuasa untuk mandi. Kerana apabila pendapat itu berdasarkan kekhuatiran air akan masuk ke tenggorok, maka tertolak dengan keterangan yang membolehkan berkumur-kumur dan menggosok gigi serta mencicipi makanan. Apabila tidak disukai dengan alasan kemewahan, maka sesugguhnya kaum salaf menyukai orang yang berpuasa untuk tampil terawat, indah, memakai celak atau yang sepertinya. Atas dasar itulah ia (Imam al-Bukhari-pen) menukil atsar-atsar tersebut pada bab ini (babmandi bagi orang yang berpuasa-pen). [Fath al-Bari, Bab Mandi orang Yang Berpuasa, ms. 171]


BERENDAM DI DALAM BATH TUB, KOLAM, TAKUNGAN AIR?

Perbuatan merendamkan diri ketika berpuasa kerana kepanasan bukanlah perbuatan pelik tetapi pernah dilakukan oleh sahabat Nabi sendiri. Anas bin Malik berkata:

Sesungguhnya aku memiliki penampungan air yang aku masuk ke dalamnya dan aku sedang berpuasa.[ Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 167]

Ibn Hajar al-Asqalani dalam menjelaskan mengenai atsar itu berkata:

Seakan-akan penampungan tersebut dipenuhi air, sehingga apabila udara panas, maka dia masuk ke dalamnya untuk mendinginkan badan. [Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 172]

Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Namun Hakikatnya Tidaklah Begitu

Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh:

Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:

“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)

Bersiwak/gosok gigi:

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)

Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.

Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Bermesra Dan mencium Isteri:

Dari ‘Aisyah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)

Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:

Dari abdullah bin ‘Amr:

“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)

Merasa Makanan:

Dari Ibnu Abbas:

“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)

Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan:

Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)

Berbekam:

Daripada Ibnu abbas:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berbekam dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1939)

Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata:

1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)

2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website berikut: http://www.saaid.net

Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi:

Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:

“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)

Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:

“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)



P/s- Sekadar berkongsi dari artikel yang dapat dari blog sahabat-sahabat. Salah silap harap dibetulkan. Selamat Menyambut Ramadhan!

Monday, July 4, 2011

Beginner Capture















Tak kesah dan tak peduli org cakap Nikon lebih baik drpd CANON
I Love Mines :)

Tuesday, June 21, 2011

Murtabak Maggi

Bagi sesetengah org, mungkin ini kali pertama mereka dgr tentang makanan ni tp murtabak maggi sememangnye sudah terkenal di kalangan pelajar atau bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Menu wajib bagi gerai hujung minggu la katekan. Dulu mase sekolah, sekeping murtabak maggi berharge 50sen. Mmg jarang org jual dkt luar. Cuba cari....haha :D

Bahan-bahan
  • Telur ( 3 biji nisbah 1 perencah maggi)
  • Maggi yang telah dicelur
  • Mixed Vege (kalau nak)
  • Sosej dipotong halus
  • White pepper

Cara-cara memasak
  1. Kacau telur bersama perencah sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan lain seperti mixed vege, sosej dan serbuk lada putih.
  3. Selepas itu campurkan rencah dan maggi yang telah dicelur mengikut kuantiti yg diingini.
  4. Panaskan kuali leper dan letak sedikit planta.
  5. Mulakan masakan dalam tempoh 2-3 minit sahaja. (jgn biar terlalu lama, nnt maggi keras)


Hasilnye, hehe..


Selamat Menjamu Selera :)



Sgt berpuas hati dpt makan masakan sendiri,
Memasak pn boleh hilagkn stress dan isi mase lapang,
Selamat Mencuba ;)

Monday, June 20, 2011

Homemade Breakfast

Faiq Spicy Chicken Kebab


Angkara byk sgt masa lapang dkt umah, so terajin nak buat bekpes sendiri. Actually dh slalu
buat bekpes sndiri tp juadah kali mcm special sket, tu yg promote lbey uh..Nama makanan pun dh cukup menyelerakan..kn, haha..


what's next, hehe

Blacberry

We Love Blackberry


Post saje-saje, =p
Blackberry is Much better than iP***e...hehe

Monday, June 13, 2011

KL GANGSTER

Lepas jgk hajat nk tgk citer KL Gangster, citer yg sgt2 menarik...80% saje watak gaduh, mane x best nye...kene dgn jiwa la katekn, haha..pape pun 5 STAR rating utk citer nh..

Sket sinopsis utk citer nh :

KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?




Our tickets :)



Nak workout la lepas nh, baru la bdn mcm aoron aziz
haha :p


Berbroga wit Siblings


Sekali sekala beraktiviti dgn adek2 tp, sume pancit(x trmasuk aku ye, hehe)..Ape Pon Tak Boleh, haha..

Seterusnye, biarla gamba2 bercerita

Setelah lame x berekreasi :)

Kebesaran Allah s.w.t


Superb sibling :)

Don't mess wit us!

Credit to apek mne ntah, haha

Mague, hehe :p

Lps nh everest plak..haha

Monday, May 30, 2011

DSLR
^^


Akhirnye...hehe

FANTASTIC BARCELONA

BARCELONA 3 - 1 MANCHESTER UNITED

Barcelona players celebrate their winning.


Pedro, man of the match Lionel Messi and David Villa all on target for Pep Guardiola's team while

Wayne Rooney's excellent first half finisher was all United could mutter.


Man of the Match, The Magic Messi


Manchester United will try better soon,
We Believe In MAN UTD
(kata2 seorang fan MU, aku la tu)
hehe :D

Friday, May 20, 2011

Doktor oh Doktor...

Minggu ni ade pegi satu klinik swasta

Sume ni sebab kaki yg eksiden aritu x elok2 lagi (dh sebulan lebih)...huhu

Bermula la dialog dengan doktor S ni :

Dr. S : Hai Bazli

Aku : Hai doktor..(smbil senyum2)

Dr. S : Kenape dgn kaki you Bazli?

Aku : Tak tau la doktor, sbenrnye saya eksiden aritu...dh sebulan lebih ni, tp tak elok2 lagi..seminggu lepas eksiden dh okey, then sakit balek smpai sekarang...nape ae doktor?

Dr. S : Sbenrnye mcm ni, kaki you tu dh okey then dia nk tengok you jaga dia dgn baik or tak. Tapi you tak jage dia dengan baik, that's why la kaki you marah and sakit smpai sekarang.

Aku : Owh...macam tu ae doktor, manela saya tau dia nk marah dgn saya (dlm ati aku dh gelak guling2 dgr doktor ckp mcm tu)...haha

Dr. S : Yes, muscle awak tegang and luka sebab tu sakit...okey, saya bagi ubat relax muscle and tahan sakit.

Aku : Okey, terima kasih Doktor..(baru aku ade dengar ayat2 medic doktor tu sebut) hahahaha....

Lawak pun ade rasanya jumpa doktor kali ni, boleh dia ckp kaki aku marah...haha =p



Tak boleh la nak men futsal dgn ragbi buat mase ni...huhu



Saturday, May 14, 2011

Keserabutan & Kesakitan

Sila pergi jauh-jauh

=_=


Mahu Tenang

Sunday, May 8, 2011

Meaningful Victory

MANCHESTER UNITED 2 - 1 CHELSEA

Manchester United moved a giant step closer to winning the Barclays Premier League with a victory over Chelsea.



First goal from youngster CHICARITO


Vidic celebrates with Rio for the second goal.


Happiness...haha


Glory glory Man United
As the reds go marching on on on.


kepada fan2 kelab lain tu,
dah2 la dengki dgn MU
haha


Selamat Hari Ibu


Mother is part of love.
Mother is part of our strength.
Mother is part of our winning.
Mother is a part of who direct us to right path to proceed.
and..and..so on.

i love mama very much.
Selamat Hari Ibu


~PUAN NOR IAZAN
~

Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih


Friends
like you are hard to find.

In a life time,
you get only a few.

And when you find them,
you always know them by sight and heart alone.

And when you find them,
you always grow a little bit taller in your soul.

And when you find them,
you also know that
as the years come &
as the years go by...



Thnx Arifah Azwani utk kad & key chain nh, sgt2 mnghargai... ^^

Thnx too for everything.

Aku takkan lupe kau.
:)


RE-POST...hehe

Wednesday, May 4, 2011

TUDIA..

Kesimpulan : Patuhilah Undang-Undang Jalanraya, Sayangi Duit Anda!



mood: cari duit nak bayar saman.







Saturday, March 5, 2011

Kene Lagi =_=

Masa : 8.34 a.m
Hari : Sabtu

Sedang seronok melayan corner dari Persimpangan Jalan Kuching ke Highway Duke, tibe2 dikejutkan dengan satu sekatan pakcik-pakcik (Roadblock Polis). Sedar2 x pakai seatbelt lg, so mengelabah la tarik nak pkai. Punye memang nk kata rezki polis pagi tu, seatbelt boleh plak bergurau. Time2 uh plak la nk tersangkut, pe lagi ke tepi la jwb nye. Jadi, bermulalah dialog ngn
pakcik polis uh.

Pakcik Polis : Mintak lesen encik.

Aku : Nah encik.


Pakcik Polis : Nak g keje mane ni?


Aku : Saya belajar lg, nk ke shah alam ni.


Pakcik Polis : Owh, nape x pakai tali pinggang encik.


Aku : Eh, saya pakai je nh ( mase nk bentikan kete, sempat curi2 tarik)


Pakcik Polis : Baru pakai, memang la. Saya nmpk encik baru tarik tadi. Saya saman ae, tolong

sign kt sini.

Aku : Mcm nk gelak pn ade, tp nk wt mcm mne. Dah nasib nk kene.



Huhh, pagi2 lagi dh dpt surat cinta dari pakcik polis. TERBAIK ! Sume ni salah diri sendiri, pakcik2 tu cume menjalankan kewajipan je. So, kepada sape2 yg penah kene saman tu, redha jela ye. Kite takkan kene sesuatu hukuman tu jika tidak melakukan sesuatu kesalahan. (:


Ni kali kedua kene saman psl tali pinggang.
Tak amek pengajaran betol.
Padan Muka diri sendiri.!
=_=

Saturday, February 26, 2011

Weekend

~Sabtu, 26 Februari 2011~


Ade appointment dgn doktor dkt Seri Kembangan. Lepas uh tibe2 mama ajak makan sate kajang dekat kajang, so pergila untuk mengisi kekosongan perut.






Post ini dibuat utk menjeleskan Najla Akilili yg ade kt Melaka uh.

Sile la Jeles yer...

haha

:p

Friday, February 25, 2011

Ade org nh kn suka sgt panggil saya Debab
^^
Blasah kang br taw
haha
:p

Tuesday, February 22, 2011

Peringatan

Ingatlah wahai rakan2..

Janganlah sesekali memberi harapan kalau sekadar untuk memusnahkan impian.

Kerana semua itu boleh mendatangkan Kesakitan yang amat sangat.

ingat yer...

:)


Sekadar Peringatan Bersama
(seriously xde kene mngene dgn sesiape pn)
...Chill...
^^

Sunday, February 20, 2011

Roti Milo

Firstly, popo yg order bnde alah ni

Tergelak pn ade sbb mcm pelik je

TP, bile rasa
nyumm.... sedap2, hehe :)

So, order la satu..

~Roti Milo~

First time makan...hehe

Tp, lame2 mkn makin muak
haha
:p

Monday, February 14, 2011

Derby Match


Manchester United vs Manchester City
(2-1)

A wonder goal from Wayne Rooney gave Manchester United victory at Old Trafford on Saturday after David Silva had cancelled out Nani's opener for the home side.


Wonder victory goal from Wayne Rooney


Superb cross and opening goal by Nani

Good job team and thnx for the great performance.

Glory-glory Man U
^_^



Saturday, February 5, 2011

Kegemaran.

Haa...lame jugak x update blog, mcm biasela...alasannye 'MALAS', haha... :p

So, kali ni nk update psl aktiviti kegemaran iaitu KARAOKE.


Sangat setuju dgn kata2 bambang,


'kalau suara sedap dh lame msuk AF, kalau x sedap sbb tu pegi karaoke'
hehe ;)


Rakan2 tegar berkaraoke :

  • Abe, Popo, Bambang, Lang, Zu & Linda
Abe


Bambang, Lang & Popo

Lagu2 feveret :
  • Meniti Suratan (May)
  • Bara (Awie)
  • Hukum Karma (Wings)
  • Gemuruh (Search & Wings)
  • Haven't Met You Yet (Michael Buble)
  • Betterman (Robbie William)
  • Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)..lagu feveret Linda
  • Baldu Biru ( Awie & Ella)...ni plak kalau duet dgn zu.
  • Dan byk lagi....haha

Wednesday, January 19, 2011

Peringatan

Sangat tertarik ngn kata Apis ganu :

'Kata-kata lebih tajam dari mata pedang'

Jadi berhati-hatilah kita semasa berkate2,

Kadang2, dalam keadaan tidak sedar kita boleh melukakan hati seseorang,

Silap hari, diri sendiri yang sakit.

So, beringatlah semua.


Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
:)