~salam~

Tuesday, June 21, 2011

Murtabak Maggi

Bagi sesetengah org, mungkin ini kali pertama mereka dgr tentang makanan ni tp murtabak maggi sememangnye sudah terkenal di kalangan pelajar atau bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Menu wajib bagi gerai hujung minggu la katekan. Dulu mase sekolah, sekeping murtabak maggi berharge 50sen. Mmg jarang org jual dkt luar. Cuba cari....haha :D

Bahan-bahan
  • Telur ( 3 biji nisbah 1 perencah maggi)
  • Maggi yang telah dicelur
  • Mixed Vege (kalau nak)
  • Sosej dipotong halus
  • White pepper

Cara-cara memasak
  1. Kacau telur bersama perencah sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan lain seperti mixed vege, sosej dan serbuk lada putih.
  3. Selepas itu campurkan rencah dan maggi yang telah dicelur mengikut kuantiti yg diingini.
  4. Panaskan kuali leper dan letak sedikit planta.
  5. Mulakan masakan dalam tempoh 2-3 minit sahaja. (jgn biar terlalu lama, nnt maggi keras)


Hasilnye, hehe..


Selamat Menjamu Selera :)



Sgt berpuas hati dpt makan masakan sendiri,
Memasak pn boleh hilagkn stress dan isi mase lapang,
Selamat Mencuba ;)

6 comments: